KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang ke-146 di Putrajaya.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata, mesyuarat berkenaan menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, khususnya dalam menyelaras dasar serta inisiatif pembangunan secara bersama.