Lelaki Indonesia sorok rokok seludup RM2.2 juta di kuari
Iklan
Hasil serbuan kami menemui 1.15 juta batang rokok putih berada dalam sebuah kenderaan dan kontena di lokasi berkenaan. Foto PGA
PASIR PUTEH - Seorang lelaki warganegara Indonesia dicekup selepas dipercayai menyorok 1.15 juta batang rokok putih bernilai RM2.2 juta di sebuah kawasan kuari dekat Jerus di sini pada Jumaat.
Serbuan jam 6.30 pagi itu dilakukan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) semasa melakukan Op Taring Alpha Satu.
Iklan
Iklan
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, semasa serbuan dilakukan lelaki berkenaan ditemui bersembunyi dalam sebuah kabin dan hasil pemeriksaan mendapati suspek tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
"Hasil serbuan kami menemui 1.15 juta batang rokok putih berada dalam sebuah kenderaan dan kontena di lokasi berkenaan.
Iklan
"Rokok-rokok ini disyaki diseludup dan untuk dijual ke pasaran tempatan," katanya kepada pemberita pada Isnin.
Ujar beliau, suspek dan hasil rampasan diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Putih untuk tindakan selanjutnya.
Iklan
Menurutnya, kes disiasat bawah Seksyen 135(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 6(1) c Akta Imigresen 1959/63.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Van sekolah operasi tanpa permit, insurans serta daif kaut untung RM10,000 sebulan"><meta itemprop="description" content="Pemilik van persendirian dipercayai mengaut keuntungan sehingga RM10,000 sebulan dengan mengendalikan perkhidmatan van sekolah secara haram tanpa permit dan perlindungan insurans, selain menggunakan kenderaan yang berada dalam keadaan daif sehingga boleh membahayakan keselamatan pelajar.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, pengusaha terbabit turut didapati membawa pelajar secara berhimpit-himpit sehingga melebihi kapasiti yang dibenarkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803951/edisi/kelantan/van-sekolah-operasi-tanpa-permit-insurans-serta-daif-kaut-untung-rm10000-sebulan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ #VanSekolah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T07:07:33.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P173S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvdxoq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvdxoq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvdxoq"></script>