Pengawal keselamatan pecah masuk bengkel sekolah diberkas

Iklan
Antara jam tangan yang dirampas.

ISKANDAR PUTERI – Seorang pengawal keselamatan diberkas polis kerana disyaki memecah masuk sebuah bengkel sekolah di Nusa Bestari di sini pada Selasa lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan, suspek berusia 42 tahun dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah terbabit ditahan di Skudai kira-kira jam 8.50 malam pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Katanya, polis menerima laporan daripada guru wanita berusia 44 tahun yang membuat laporan polis pada jam 6 petang, Rabu lalu.

“Guru berkenaan memaklumkan kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam pada Selasa apabila mendapati sebuah bengkel dalam kawasan sekolah telah dipecah masuk dan sebuah jam tangan miliknya hilang.

Iklan

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Balai Polis Nusa Bestari bersama Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) telah membuat tangkapan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

M Kumarasan berkata, semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau namun ujian saringan air kencingnya didapati negatif dadah.

Iklan

“Tiga utas jam tangan bernilai kira-kira RM300 turut dirampas.

“Suspek kini direman selama lima hari sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.