Mayat lelaki ditemui dalam gaung

Iklan
Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dalam gaung di Jalan Pahang dekat Tapah pada Sabtu. Foto ihsan Bomba Perak

TAPAH – Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dalam gaung di kawasan Batu 23, Jalan Pahang di sini pada Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sepasukan anggota digerakkan pada jam 1.48 petang bagi membantu pihak polis membawa keluar mangsa yang berusia lingkungan 30-an itu.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, mangsa ditemui pada kedalaman kira-kira 3.5 meter dari jalan utama.

Pasukan bomba menjalankan operasi membawa naik mayat mangsa yang ditemui dalam gaung di Tapah pada Sabtu. Foto ihsan Bomba Perak

Iklan

“Mangsa dipercayai warga tempatan dijumpai orang awam dalam keadaan baring dan lengkap berpakaian.

“Anggota kemudian melaksanakan kerja-kerja membawa naik mangsa dengan menggunakan peralatan menyelamat,” katanya.

Iklan

Mayat seorang lelaki yang ditemui dalam gaung diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Foto ihsan Bomba Perak.

Sabarodzi berkata, operasi dilaksanakan dengan penuh berhati-hati berikutan keadaan muka bumi yang curam.

“Pegawai perubatan yang menjalankan pemeriksaan mengesahkan mangsa meninggal dunia.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi tamat pada jam 4 petang,” katanya.