99 kerusi DUN Sarawak langkah tepat, seiring geografi negeri - Fadillah
Iklan
Fadillah memberi kata-kata perangsang kepada peserta Kursus AI for MY Future kawasan Parlimen Petra Jaya semasa lawatan ke CENTEXS, di sini. Foto Bernama
KUCHING - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan pertambahan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak kepada 99 sebagai langkah tepat dan berasaskan keperluan sebenar negeri itu yang memiliki keluasan hampir menyamai Semenanjung.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata, keputusan itu berlandaskan penelitian dan perbahasan di peringkat negeri selain mengambil kira faktor seperti saiz kawasan, kepelbagaian etnik serta keperluan pentadbiran, bukan semata-mata berdasarkan bilangan penduduk.
Iklan
Iklan
"Ada yang mengatakan kriteria ini sepatutnya berdasarkan jumlah penduduk namun kita kena lihat bukan sahaja jumlah penduduk, tetapi juga keluasan kawasan dan representasi kumpulan etnik kerana Sarawak ini luasnya hampir sebesar Semenanjung Malaysia.
"Saya menyokong langkah ini kerana sudah pasti ia memberi pentadbiran lebih berkesan untuk kita membangunkan Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kursus ‘AI for MY Future’ kawasan Parlimen Petra Jaya di Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) di sini hari ini.
Iklan
Fadillah berkata, dengan penambahan kerusi DUN, lebih banyak kawasan luar bandar akan mempunyai wakil rakyat tersendiri seterusnya membolehkan suara masyarakat setempat dibawa ke peringkat penggubalan dasar negeri.
Ditanya sama ada langkah itu berkait dengan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), beliau menegaskan fokus utama tertumpu kepada kecekapan pentadbiran.
Iklan
"Saya tidak boleh mengatakan perkara itu (sebahagian daripada MA63) tetapi apa yang lebih penting ialah fokus kita mentadbir Sarawak dengan lebih berkesan dan efisien,” katanya.
Pada 7 Julai lepas, DUN Sarawak meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) DUN Sarawak (Komposisi Keanggotaan) 2025 untuk menambah 17 kerusi baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kerusi DUN itu kepada 99 berbanding 82 sebelum ini.
Menyentuh mengenai projek rintis kursus kecerdasan buatan (AI) bagi Parlimen Petra Jaya, Fadillah berkata 108 peserta dengan majoritinya terdiri daripada pemimpin masyarakat telah menjalani kursus berkenaan bagi menguasai kemahiran asas seperti analisis data dan penyediaan dokumen dalam urusan harian.
Beliau berkata, matlamat akhir program dengan kerjasama Microsoft itu adalah untuk melahirkan kumpulan pelatih yang mampu melatih masyarakat setempat khususnya di kawasan luar bandar.
"Keberkesanan program ini akan dinilai oleh Microsoft sebelum dapat diperluas ke seluruh negeri, kalau kita dapat kenal pasti lokasi masyarakat yang memerlukan bantuan melalui data, kita boleh merancang dengan lebih tepat dan efisien,” katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RM17 juta untuk tanah, pampasan projek naik taraf jalan -Alexander"><meta itemprop="description" content="Sebanyak RM17 juta daripada keseluruhan kos RM70.6 juta bagi projek menaik taraf Jalan Lok Kawi-Sabindo diperuntukkan bagi pengambilan tanah dan bayaran pampasan kepada pemilik premis yang terjejas di sepanjang jajaran projek berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peruntukan itu melibatkan pampasan kepada 41 lot yang terkesan, termasuk struktur premis yang perlu diambil bagi membolehkan projek pelebaran jalan sepanjang 1.5 kilometer dilaksanakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789730/edisi/sabah-sarawak/rm17-juta-untuk-tanah-pampasan-projek-naik-taraf-jalan--alexander
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #projeknaiktaraf #AlexanderNantaLinggi #menterikerjaraya"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-28T07:53:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/cxKTQ1gQ5_jmd6MBw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P107S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xastv8a"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xastv8a"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xastv8a"></script>