Polis buru lelaki pukul kereta guna besi di jalan raya

Iklan
Polis sedang memburu suspek yang terlibat dalam kejadian khianat dengan bertindak memukul sebuah kereta menggunakan sebatang besi seperti dalam video tular baru-baru ini.

GEORGE TOWN - Polis sedang memburu suspek yang terlibat dalam kejadian khianat dengan bertindak memukul sebuah kereta menggunakan sebatang besi seperti dalam video tular baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa, seorang lelaki berusia 25 tahun, pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kejadian berlaku pada hari sama, kira-kira jam 4 petang ketika pengadu memandu di Jalan Lebuh Pantai, George Town.

"Kenderaan mangsa telah dilanggar oleh sebuah Perodua Myvi yang dipandu suspek.

Iklan

"Suspek kemudiannya keluar dari kenderaan dan mengambil sebatang besi sebelum memukul bahagian pintu belakang kereta pengadu,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Swee Sake berkata, akibat kejadian itu mangsa mengalami kerugian kira-kira RM3,000 akibat kerosakan pada kenderaannya.

Iklan

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan identiti suspek telah pun dikenal pasti.

"Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan,” katanya.