POLIS masih menjalankan siasatan terhadap insiden melibatkan penyanyi popular, Shila Amzah yang mendakwa diserang secara terbuka oleh seorang artis legenda semasa sesi latihan konsert baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, siasatan kini tertumpu kepada mengenal pasti motif sebenar tindakan artis terbabit, selain beberapa lagi saksi akan dipanggil dalam masa terdekat.