SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri hingga jam 2 petang ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan kawasan perairan Perlis dan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Sabah Timur dan Lahad Datu.