Pekerja syarikat telekomunikasi ditahan rogol anak saudara

Iklan
Seorang pekerja syarikat telekomunikasi ditahan polis selepas disyaki merogol anak saudaranya dalam kejadian yang berlaku dua tahun lalu di Taman Matahari - Gambar hiasan

KLUANG – Seorang pekerja syarikat telekomunikasi ditahan polis selepas disyaki merogol anak saudaranya dalam kejadian yang berlaku dua tahun lalu di Taman Matahari di sini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, perbuatan suspek itu terbongkar selepas mangsa membuat laporan polis pada Sabtu lalu sebelum suspek yang berusia 37 tahun diberkas pada Khamis.

Iklan
Iklan

Jelas beliau, kejadian itu berlaku pada tahun 2023 ketika mangsa berusia 15 tahun semasa bermalam di rumah suspek.

"Hasil siasatan mendapati suspek merupakan bapa saudara mangsa. Mangsa kini berusia 17 tahun dan semasa kejadian dia berumur 15 tahun.

Iklan

"Hasil rakaman percakapan mangsa menyatakan telah dirogol suspek dua tahun lepas semasa bermalam di rumah suspek.

"Suspek ada merogol mangsa semasa tidur di dalam bilik di rumah suspek. Mangsa tidak pernah ceritakan kepada keluarga kerana takut," katanya dalam kenyataan.

Iklan

Bahrin berkata, suspek kemudian menghubungi mangsa pada jam 7 pagi, 24 Jun lalu menerusi aplikasi WhatsApp semasa remaja berkenaan berada di sekolah.

Menurutnya, suspek yang sudah berkahwin tetapi masih tidak mempunyai anak meminta mangsa memberikan hadiah sempena hari lahirnya tetapi remaja itu memaklumkan tidak mempunyai wang.

"Suspek kemudian cakap ada hadiah yang tak perlu keluarkan wang. Mangsa faham yang suspek mahu mengajak mangsa tidur bersama-sama," katanya.

Jelas beliau, siasatan mendapatinya tiada rekod lampau dan ujian air kencing negatif.

Selain itu katanya, pemeriksaan terhadap mangsa di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom di sini mengesahkan terdapat kesan koyakan lama pada hymen mangsa.

Bahrin berkata, suspek disiasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan kini direman selama lima hari pada Jumaat selepas mendapat kebenaran Mahkamah Majistret Kluang.