SHAH ALAM – Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli melancarkan satu petisyen dalam talian sebagai usaha mempertahankan kebebasan serta integriti institusi kehakiman di negara ini.
Beliau berkata, seluruh rakyat Malaysia dijemput untuk menandatangani petisyen berkenaan sebagai tanda sokongan terhadap institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa.
Iklan
Iklan
“Susulan sidang media Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 7 Julai 2025, kami kini menggerakkan satu petisyen dalam talian bagi mempertahankan kebebasan institusi kehakiman.
“Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk menandatangani petisyen ini sebagai tanda sokongan rakyat yang mahu institusi kehakiman kekal bebas dan berintegriti,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.
Tambah Rafizi, orang ramai juga digalakkan menyebarkan petisyen berkenaan kerana isu tersebut memberi kesan besar terhadap rakyat dan negara pada masa hadapan.