PDRM siasat remaja Britain dilaporkan hilang
Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung remaja Britain hilang disahkan masuk ke Malaysia 7 Jun lepas. JIM
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung kehilangan seorang remaja lelaki warganegara Britain yang dilaporkan tiba di negara ini pada 7 Jun lalu.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus berkata remaja berkenaan David Renz Galletes Balisong, 17, dikesan memasuki Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dipercayai masih berada dalam negara.
Iklan
Iklan
"Siasatan lanjut sedang giat dijalankan bagi mengenal pasti segala maklumat yang boleh membantu usahapengesanan dan penyelesaian kes ini,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.
Menurut beliau, kes diklasifikasikan sebagai orang hilang dan gambar remaja berkenaan turut diedarkan bagi memudahkan orang awam menyalurkan maklumat.
Iklan
Beliau turut menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau kenyataan yang boleh mengganggu siasatan.
"Sekiranya mempunyai maklumat, orang awam diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Hazuin Jan Abdul Hamid dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA di talian 017-7369187,” katanya. - Bernama
Iklan
Walaupun motosikal yang ditunggang tidak memenuhi spesifikasi ditetapkan, dua anggota polis trafik dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang tetap tampil membantu atas dasar kemanusiaan dengan menunda sebuah motosikal Yamaha RX-Z yang mengalami kerosakan sejauh tiga kilometer (km), lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Sarjan Yufaiza Azha Yunos, 41, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang pada Isnin di Jalan Marang-Bukit Payung (Bukit Kor) berhampiran sebuah universiti swasta yang tidak berpenghuni.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768511/berita/semasa/abang-trafik-tunda-3km-rxz-rosak
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.