Kartel susu tepung RM120 juta: 10 termasuk empat beranak direkod keterangan

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Rabu.

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merekodkan keterangan 10 individu untuk siasatan kartel pembekalan susu tepung ke sebuah jabatan kerajaan yang tidak memenuhi piawaian standard standard SIRIM Berhad (SIRIM) bernilai kira-kira RM120 juta.

Menurut sumber, empat daripada individu berkenaan ialah pasangan suami isteri dan dua anak lelaki mereka.

Iklan
Iklan

"Empat beranak ini merupakan pemilik dan pengarah syarikat yang disyaki mendalangi kartel terbabit.

"Setakat ini, nilai sitaan akaun ialah RM174.6 juta membabitkan 24 akaun individu serta 51 akaun syarikat," katanya pada Khamis.

Iklan

Tambah sumber, SPRM juga akan menyiasat jabatan kerajaan yang dikaitkan dengan isu kartel ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan tindakan sitaan terbabit dan kes masih dalam siasatan.

Iklan

Sebuah kilang memproses susu di Lembah Klang diserbu SPRM pada Rabu untuk siasatan kes kartel susu tepung.

Sinar Harian menerusi laporan eksklusif pada Rabu melaporkan SPRM dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM) membongkar kartel berkenaan susulan penahanan tiga beranak berusia lingkungan 40 hingga 70-an yang terdiri daripada dua pemilik dan seorang pengarah syarikat.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, syarikat milik pasangan suami isteri tersebut dipercayai telah memonopoli tender pembekalan susu tepung tersebut sejak 20 tahun la

Kesemua suspek melalui syarikat mereka disyaki membekalkan susu tepung ke sebuah jabatan kerajaan seluruh semenanjung Malaysia yang tidak memenuhi piawaian keselamatan makanan sejak tahun 2021 hingga 2024.

Susulan itu, keesokan harinya SPRM menyerbu sebuah kilang pemprosesan susu dan juga dua buah syarikat di sekitar Lembah Klang.

Siasatan awal turut mendapati, kebanyakan syarikat-syarikat yang memperoleh tender pembekalan susu tepung ke jabatan kerajaan ini tiada kaitan dalam bidang pengeluaran, pemprosesan dan pengedaran makanan serta minuman.

Latar belakang syarikat-syarikat ini terdiri daripada syarikat perabot, elektrik, kontraktor, hartanah, pengangkutan dan kejuruteraan awam dan ada antara syarikat ini menerima keuntungan antara 10 hingga 50 peratus hasil daripada pembekalan susu tepung tersebut.