SPAN sahkan terima permohonan pelarasan tarif air 10 negeri

Iklan
SPAN mengesahkan telah menerima permohonan bagi menyemak semula kadar tarif perkhidmatan bekalan air daripada operator perkhidmatan di 10 negeri yang berada di bawah kawal selia agensi itu.

CYBERJAYA – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengesahkan telah menerima permohonan bagi menyemak semula kadar tarif perkhidmatan bekalan air daripada operator perkhidmatan di 10 negeri yang berada di bawah kawal selia agensi itu.

Bagaimanapun, SPAN berkata, pihaknya masih meneliti permohonan daripada Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Pahang.

Iklan
Iklan

“Kesemua permohonan berkenaan masih di peringkat penelitian dan belum dimuktamadkan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

SPAN memaklumkan, setiap aspek akan diambil kira sebelum sebarang pertimbangan diberi bagi memastikan kesejahteraan 27.2 juta pengguna diutamakan dan kemampuan operator untuk terus memberikan perkhidmatan turut diberi perhatian.

Iklan

Terdahulu, Kerajaan Pulau Pinang bercadang untuk menangguhkan pelaksanaan kenaikan tarif air yang dicadangkan selama sekurang-kurangnya enam bulan bagi mengurangkan beban pengguna.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, cadangan semakan tarif itu telah dikemukakan kepada SPAN dan ia masih menunggu kelulusan Jemaah Menteri sebelum diwartakan untuk pelaksanaan di beberapa negeri, termasuk Pulau Pinang.

Iklan