CEO Batu dituduh esok dan lusa - Polis

Iklan
Hussein

SHAH ALAM – Seorang pempengaruh media sosial dikenali sebagai 'CEO Batu' yang disiasat berhubung kes amang seksual bukan fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun akan didakwa di mahkamah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan bahawa pertuduhan pertama akan dilakukan pada Khamis di Mahkamah Ampang mengikut Seksyen 15(a)(i), Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Iklan
Iklan

“Suspek juga akan dituduh di Mahkamah Selayang pada Jumaat mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan kerana menyimpan gambar lucah dalam telefon bimbit,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Pada 22 Mei lalu, suspek telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak sebelum direman selama empat hari. Tempoh reman tersebut kemudian disambung sehari lagi bagi membantu siasatan lanjut.

Iklan

Polis sebelum ini mendedahkan bahawa perlakuan suspek terhadap mangsa dipercayai bermula sejak awal Mei lalu.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa kiriman mesej berbaur lucah yang didakwa dihantar oleh pempengaruh tersebut kepada remaja bawah umur berkenaan.

Iklan