Harga RON97 dan RON95 kekal, diesel di Semenanjung naik tiga sen

Iklan
Harga diesel di Semenanjung naik tiga sen kepada RM2.88 seliter, manakala RON95 dan RON97 kekal. Foto fail Bernama

KUALA LUMPUR - Harga runcit RON97 dan RON95 kekal masing-masing pada RM3.18 dan RM2.05 seliter manakala harga diesel di Semenanjung Malaysia naik tiga sen kepada RM2.88 seliter bagi tempoh 10 hingga 16 Julai.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataanpada Rabu memaklumkan harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter. 

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, penetapan kadar berkenaan berdasarkan harga runcit produk petroleum mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM). 

"Kerajaan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dunia dan juga menyokong kestabilan harga,” menurut kenyataan itu.

Iklan
Iklan

MOF memaklumkan kerajaan juga akan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - Bernama