SUBANG JAYA - Semua ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) diingatkan untuk tidak menyalahgunakan hak kebebasan bersuara dalam parti dengan menimbulkan fitnah dan tohmahan.
Naib Presiden PKR, Datuk Seri R Ramanan berkata, sebaliknya hak kebebasan bersuara perlu digunakan secara berhemah dan beretika.