[VIDEO] Malaysia cadang 18 November sebagai Hari Hak Asasi Manusia ASEAN

Iklan

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) mencadangkan tanggal 18 November diiktiraf sebagai Hari Hak Asasi Manusia ASEAN.

Wakil Malaysia ke AICHR, Edmund Bon Tai Soon berkata, pemilihan tarikh tersebut dibuat bersempena ulang tahun penerimaan Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN pada 18 November 2012.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ini kerana, 10 Disember telah ditetapkan senagai Hari Hak Asasi Sedunia.

"Kita sudah ada 10 Disember sebagai Hari Hak Asasi Sedunia.

Iklan

"Kenapa tidak kita ada 18 November sebagai Hari Hak Asasi ASEAN?

"Selepas 13 tahun, kita kini mempunyai Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN yang telah diterima pada 18 November 2012. Setiap tahun, tarikh itu berlalu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada Selasa.

Iklan

Edmund Bon Tai Soon

Bagaimanapun beliau menjelaskan, perkara tersebut belum dimuktmadkan.

"Pemimpin masih belum buat keputusan, tetapi kita telah mencadangkan supaya 18 November dijadikan Hari Hak Asasi Manusia ASEAN," ujarnya.

Terdahulu Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menyampaikan ucaptama ketika mempengerusikan Mesyuarat Suamuka Menteri-Menteri Luar ASEAN bersama Wakil-Wakil AICHR.

Mesyuarat tersebut berlangsung sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM) dan mesyuarat berkaitan yang bermula pada 8 hingga 11 Julai.

Lebih 40 menteri luar dan wakil daripada organisasi antarabangsa dijadual menghadiri beberapa siri mesyuarat pimpinan ASEAN.

Ini adalah kali kelima Malaysia memegang jawatan pengerusi ASEAN sepanjang sejarahnya sebagai anggota blok serantau itu selepas mempengerusikannya pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.