Lelaki didenda RM100 cabul wanita di pasar pagi

Iklan
Tindakan seorang lelaki mencabul wanita di pasar pagi Pandamaran mengundang padah apabila diberkas pada Sabtu. Gambar hiasan

KLANG – Tindakan seorang lelaki mencabul wanita di pasar pagi Pandamaran di sini mengundang padah apabila diberkas pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa yang juga wanita tempatan memaklumkan dirinya telah dicabul oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika berada di kawasan pasar berkenaan.

Iklan
Iklan

"Mangsa mendakwa bahagian punggungnya telah disentuh sebanyak dua kali sebelum dia segera mendapatkan bantuan daripada anggota polis yang sedang membuat rondaan pencegahan jenayah di lokasi kejadian.

"Bertindak atas maklumat itu, anggota polis bertugas berjaya menahan suspek tidak lama kemudian," katanya dalam pada Selasa.

Iklan

Katanya, suspek yang merupakan lelaki tempatan berusia 36 tahun telah dibawa ke Balai Polis Pandamaran bagi membantu siasatan.

Tambahnya, siasatan terhadap kes itu telah lengkap dan suspek telah dituduh di Mahkamah Majistret Klang mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Iklan

"Mahkamah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM100 terhadap suspek," katanya.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan menjaga keselamatan diri semasa berada di tempat awam.

"Sekiranya orang ramai mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah, dadah dan sebagainya, sila salurkan kepada mana-mana balai polis berhampiran," katanya.