Perdana Menteri digesa beri taklimat berhubung pelantikan Ketua Hakim Negara - Teresa
Iklan
Teresa
SHAH ALAM - Perdana Menteri dan menteri berkaitan digesa memberi taklimat komprehensif kepada semua ahli Parlimen kerajaan berhubung dakwaan pelantikan jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan.
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata, dalam isu tersebut, ketelusan dan akauntabiliti perlu menjadi asas utama dalam usaha kerajaan mempertahankan kebebasan serta integriti badan kehakiman negara.
Iklan
Iklan
“Sikap berdiam diri dan kelewatan kerajaan dalam membuat pelantikan penting ini boleh menjejaskan keyakinan rakyat terhadap institusi kehakiman,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Isnin.
Sebelum ini, sembilan ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan campur tangan dalam pelantikan hakim dan keputusan kes mahkamah yang kini mencetuskan kebimbangan terhadap kebebasan institusi kehakiman negara.
Iklan
Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli pada Isnin berkata, kemelut berhubung pelantikan jawatan tertinggi badan kehakiman perlu diberi perhatian segera kerana situasinya kini dilihat mirip skandal video VK Lingam pada 2007 yang membabitkan cubaan mempengaruhi lantikan Ketua Hakim Negara ketika itu.
Ujar Teresa, meskipun tidak sesuai untuk ahli Parlimen kerajaan bersuara mengenai isu berkenaan secara terbuka namun mereka telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik demi kepentingan rakyat.
Iklan
“Saya menyambut baik kenyataan bersama oleh ahli Parlimen PKR yang menggesa penubuhan RCI bagi menyiasat dakwaan terkini berkaitan pelantikan kehakiman.
“Adalah tidak lazim bagi ahli Parlimen kerajaan untuk bersuara secara terbuka, namun kekosongan berpanjangan dalam jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan telah menimbulkan kebimbangan serius di kalangan pengamal undang-undang dan orang awam,” ujarnya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.