KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada tiga anak muda negara yang berjaya merangkul tempat pertama dalam pertandingan Turf & Gatsby International Barber Battle Bali Expo 2025 di Indonesia baru-baru ini.
Malaysia yang diwakili Muhamad Aiman Ms Saad, Muhammad Faikandar dan Muhammad Nazzim Safian menewaskan wakil dari 15 negara lain untuk muncul juara kategori Tag Team Barber Battle.