JAKARTA - Letusan kuat Gunung Lewotobi Laki-Laki di daerah Flores Timur, Indonesia pada Isnin mencetuskan amaran bahaya apabila abu tebal dan batu kerikil yang jatuh mengancam penduduk berhampiran.
Letusan pada 11.05 pagi waktu tempatan itu memuntahkan awan mengandungi abu berwarna kelabu hingga hitam dan berintensiti tinggi sehingga 18 kilometer dari puncak gunung dengan serpihan gunung berapi dilaporkan jatuh di kawasan sekitar.