[VIDEO] 'Saya mimpi ayah pesan jangan sedih'

Iklan

ALOR SETAR - [DIKEMAS KINI]"Ayah pesan jangan sedih sebab ayah tak boleh jaga kakak dah lepas ini."

Demikian luahan sayu anak sulung kepada pasangan maut enam beranak yang ditemui bersama kereta Proton Iswara di Sungai Korok, Jitra, Putri Qisya Nur Izzat, 12, ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah di sini pada Isnin.

Iklan
Iklan

Putri Qisya Nur Izzat (dua dari kiri) ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah di sini pada Isnin.

Menurut Putri Qisya, ketika pesanan itu diberikan, dia berbaring di atas paha ayahnya, Muhammad Azim Izat Ishak, 32, yang sedang duduk di sofa.

Iklan

"Ibu pula tengah dukung adik kecil dan adik-adik lain pun ada... Muka ayah bersih dan pakai baju jersi yang sama sebelum keluar rumah Jumaat lalu," katanya.

Bagaimanapun, selepas itu Putri Qisya tersentak dari tidur dan menyedari pesanan itu hanyalah mimpi semata-mata, jelasnya.

Iklan

"Dalam pukul 8 pagi saya terjaga dari tidur dan terus ke bahagian depan sebelum nenek dan ibu saudara pesan supaya jangan risau. Mereka akan jaga dan tidak akan biarkan saya keseorangan.

"Masa itu, mereka tengah tengok siaran langsung operasi menaikkan kenderaan. Masa itu saya baru saya baru tahu keluarga terlibat kemalangan," katanya.

Menurutnya, ibu dan adik-adiknya itu keluar ke rumah ibu saudaranya selepas waktu Isyak pada Jumaat lalu.

Katanya, memang sudah menjadi kebiasaan mereka sekeluarga berkunjung ke sana namun kali ini hatinya berasa berat untuk ikut serta.

"Sebelum keluar, salah seorang adik cuba pujuk sebab katanya mereka nak jalan-jalan tetapi rasa macam tak mahu kali ini sebab dah selalu pergi," katanya.

Tambahnya, sepanjang kehilangan keluarganya itu dia turut serta membuat pencarian di sungai bersama ahli keluarga lain.

"Hati saya memang berdebar-debar dan berasa tidak sedap semasa ikut mereka pergi mencari keluarga," katanya.