ISTANBUL - Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva pada Ahad menggesa tindakan diambil terhadap Israel, sambil menegaskan bahawa dunia tidak boleh terus berdiam diri terhadap genosid yang sedang berlaku di Gaza, lapor Agensi Berita Anadolu.
"Kita tidak boleh terus berdiam diri terhadap genosid yang dilakukan Israel di Gaza, pembunuhan sewenang-wenangnya terhadap orang awam yang tidak bersalah, serta menggunakan kebuluran sebagai senjata peperangan,” katanya pada sesi pleno Sidang Kemuncak BRICS di Rio de Janeiro, Brazil.