AMPANG JAYA - Kes seorang komposer yang ditahan dipercayai memukul rakan serumahnya dalam kejadian di Pandan Indah baru-baru ini akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya dalam proses melengkapkan siasatan kes terbabit.
Iklan
Iklan
"Kes sedang dikemas kini dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan suspek yang merupakan lelaki tempatan yang juga pemain gitar itu ditahan bagi membantu siasatan kes pukul rakan serumah di Pandan Indah di sini baru-baru ini.
Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi Isnin lalu, lelaki terbabit telah terjaga dari tidur akibat terdengar bunyi hempasan pintu bilik air.
Mangsa yang tidak berpuas hati kemudian telah keluar dari biliknya dan menghempas pintu bilik air itu semula sebelum suspek iaitu seorang lelaki tempatan di sebelah biliknya keluar membawa batang besi dan bertindak memukulnya.