Pisau pengisar terpelanting, wanita cedera dahi dan hidung terima 11 jahitan

Iklan
Tangkap layar video menerusi perkongsian di TikTok milik Wan Nur Aisyah menunjukkan keadaannya selepas terkena mata pisau pengisar mudah alih.

SHAH ALAM - Seorang wanita cedera dan menerima 11 jahitan melibatkan dahi serta hidungnya dalam satu kejadian ketika menggunakan pengisar mudah alih di kediamannya di Kota Bharu, Kelantan.

Pengalaman ngeri itu dikongsikan menerusi hantaran video di TikTok milik @aaisyahaziz_ atau dikenali dengan nama penuh, Wan Nur Aisyah Wan Aziz, 25.

Iklan
Iklan

Wan Nur Aisyah berkata, kecederaan yang dialaminya berpunca akibat mata pisau pengisar mudah alih miliknya tercabut dan terpelanting ke bahagian muka.

Beliau turut memberitahu, keadaan kukunya juga separuh hancur kerana dia cuba menepis mata pisau berkenaan dengan tangannya.

Iklan

“Akibat kejadian tersebut, bahagian dahi terbelah dan perlu menerima enam jahitan, manakala di hidung pula lima jahitan,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Menurutnya, kejadian berkenaan berlaku ketika dia sedang memasak bersama sepupunya di rumah, manakala suami dan anaknya berada di ruang tamu.

Iklan

“Ketika hendak menggunakan pengisar tersebut, saya betulkan mata pisau dahulu sebab nampak kedudukannya tidak betul.

“Saya tidak perasan palam pencucuh di dinding sudah dihidupkan. Semasa sedang betulkan mata pisau berkenaan, saya tertekan butang pada pengisar tersebut.

“Masa itu, pisau pengisar sedang menghadap ke muka. Semasa ia terpelanting, saya terus tepis dengan tangan menyebabkan kuku saya separuh hancur,” ujarnya.

Wan Nur Aisyah turut menasihatkan orang ramai supaya lebih peka terhadap persekitaran, terutama ketika memegang peralatan yang berbahaya semasa melakukan sesuatu kerja atau aktiviti.

“Nasihat saya, para ibu kena sentiasa berhati-hati dengan keadaan sekeliling, lebih-lebih lagi apabila memegang alat yang tajam.

“Pengisar mudah alih ini sangat senang untuk dihidupkan. Tertekan sedikit ia terus berfungsi,” katanya.