Tujuh cedera bas terlanggar palang had ketinggian

Iklan
Bas ekspres dipercayai membawa 19 penumpang terbabit kemalangan melanggar palang di Jalan Arab Malaysian. Foto JBPM Negeri Sembilan

SEREMBAN - Tujuh individu termasuk pemandu bas cedera ringan selepas bas ekspres yang mereka naiki melanggar palang had ketinggian dalam satu kejadian yang berlaku di Jalan Arab Malaysian menghala ke Bukit Mahkota, di sini sebentar tadi.

Komander Operasi Pegawai Kanan Bomba 1 (KUP) Azmi Hamid berkata, laporan berhubung kejadian diterima pada sekitar jam 10.30 malam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, difahamkan bas berkenaan yang membawa seramai 19 penumpang dalam perjalanan dari Kajang menuju ke Melaka.

Iklan

“Mereka yang cedera terdiri empat lelaki dan tiga wanita berusia antara 30 hingga 50-an.

"Mangsa yang mengalami kecederaan ringan telah menerima rawatan di zon hijau Hospital Serdang," katanya.

Iklan

Bas berkenaan yang membawa seramai 19 penumpang dalam perjalanan dari Kajang menuju ke Melaka. Foto JBPM Negeri Sembilan

Katanya, operasi menyelamat sedang dijalankan membabitkan sembilan anggota pasukan bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai bersama satu unit jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).