Mohd Azam dilantik Ketua Pengarah Pendidikan baharu

Iklan
Dr Mohd Azam (kanan) menerima dokumen lantikan sebagai Ketua Pengarah Pendidikan baharu daripada Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar. Foto Facebook Shamsul Azri Abu Bakar

PUTRAJAYA – Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme) Dr Mohd Azam Ahmad dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa 7 Julai.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, Mohd Azam mempunyai latar belakang akademik yang kukuh dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Melayu, Ijazah Sarjana dalam Linguistik Wacana, serta Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Strategik Komunikasi dari Universiti Malaya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Mohd Azam memulakan kerjaya dalam Perkhidmatan Awam pada 1 Mac 1989 sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

“Dengan pengalaman lebih 35 tahun dalam bidang pendidikan serta kompetensi tinggi yang dimiliki, saya yakin beliau mampu memperkasa sistem pendidikan negara ke arah yang lebih cemerlang,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Ujar beliau, pelantikan itu juga selari dengan hasrat kerajaan untuk memartabatkan pendidikan berlandaskan nilai-nilai MADANI demi kemajuan negara dan kemenjadian anak-anak Malaysia.

“Tahniah dan selamat menjalankan amanah,” katanya.

Iklan

Mohd Azam menggantikan Datuk Azman Adnan sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang akan bersara wajib bermula esok, selepas 35 tahun menabur bakti dalam perkhidmatan awam.