TMM 2020 Retromania Grand Gathering ditangguh

Iklan
Majlis Perbandaran Kuala Langat

KUALA LANGAT - Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menangguhkan penganjuran TMM2020 Retromania Grand Gathering yang dijadualkan berlangsung pada 11 dan 12 April ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat, Mohamad Zain A Hamid berkata, penangguhan itu susulan kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Iklan
Iklan

"KKM sebelum ini mengeluarkan kenyataan mengenai semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai ditangguhkan bagi mengelakkan kemungkinan jangkitan Covid-19.

"Susulan itu TMM 2020 Retromania Grand Gathering ditangguhkan sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Iklan
Iklan