Garaj kereta dibina atas tanah rizab awam kena roboh

Iklan
Operasi perobohan garaj kereta yang dibina secara haram berjalan lancar. Foto: Facebook MBSJ

PUCHONG - Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) melaksanakan operasi bersepadu melibatkan perobohan garaj kereta yang dibina secara haram di atas tanah rizab awam.

MBSJ memaklumkan, operasi itu dilakukan di sekitar Jalan BK 5/8E, Bandar Kinrara di sini pada Khamis.

Iklan
Iklan

"Operasi ini turut melibatkan kerjasama pelbagai jabatan dalaman termasuk Jabatan Bangunan, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Pengurusan Alam Sekitar dan Jabatan Penguatkuasa.

"Selain itu, ia juga dibantu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Serdang dan Balai Polis Kinrara bagi memastikan kelancaran tindakan penguatkuasaan," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Iklan

Operasi perobohan garaj kereta yang dibina secara haram berjalan lancar. Foto: Facebook MBSJ

Dalam pada itu, MBSJ menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan.

Iklan

Ujarnya, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang membina struktur secara haram di atas tanah rizab awam.