Perkhidmatan tren terganggu penumpang ceroboh landasan

Iklan
Stesen Subang Alam.

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya mengalami gangguan pagi tadi susulan insiden seorang penumpang menceroboh masuk ke kawasan landasan di Stesen Subang Alam.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan memaklumkan pasukan penyelamat telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi melaksanakan kerja-kerja menyelamat.

Iklan
Iklan

Berikutan kejadian itu, pihak operasi telah mengaktifkan perkhidmatan alternatif bagi memastikan kesinambungan perjalanan penumpang.

Menurut kenyataan Rapid Rail, tren dari Stesen Putra Heights akan berhenti di Stesen Alam Megah sebelum berpatah balik ke Putra Heights, manakala tren dari Stesen Gombak akan berakhir di Stesen Alam Megah dan berpatah balik ke Gombak.

Iklan
Iklan

Sebarang perkembangan terkini mengenai operasi tren akan dikemas kini menerusi laman media sosial Rapid KL serta pengumuman di stesen.