Media Sepanyol dedah gambar kemalangan ngeri ragut nyawa Diogo Jota, adik

Iklan
Keadaan lokasi kemalangan maut yang meragut nyawa Jota dan Silva. Foto Agensi

MEDIA tempatan Sepanyol mendedahkan gambar insiden kemalangan maut yang meragut nyawa pemain Portugal dan penyerang Liverpool, Diogo Jota bersama adiknya, André Silva.

Portal berita La Opinión de Zamora (LOZ) menerbitkan imej lokasi kejadian yang memaparkan keadaan ngeri selepas kenderaan mewah jenis Lamborghini, yang dipandu Jota terbabas dan terbakar di laluan wilayah di utara Sepanyol, berhampiran perbandaran Cernadilla, dalam wilayah Zamora.

Iklan
Iklan

Menurut Guardia Civil, kemalangan berlaku apabila tayar kenderaan tersebut meletup ketika cuba memotong sebuah kenderaan lain, sebelum hilang kawalan dan terjunam ke luar jalan lalu terbakar.

Lebih menyayat hati, tragedi ini berlaku hanya beberapa hari selepas pemain berusia 28 tahun itu melangsungkan perkahwinan dengan Rute Cardoso pada 22 Jun lalu.

Iklan

Pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata dan pernah berkongsi momen perkahwinan mereka di media sosial dengan kapsyen ringkas 'Yes, forever'.

Jota sebelum ini mencipta nama bersama Wolverhampton Wanderers sebelum menyertai Liverpool pada tahun 2020, dan merupakan pemain penting dalam skuad kebangsaan Portugal, dengan penampilan cemerlang dalam kejohanan Euro dan Piala Dunia.

Iklan