Anwar hadiri mesyuarat bersama ketua-ketua industri Perancis
Iklan
Anwar dijadualkan menghadiri mesyuarat meja bulat bersama kalangan ketua industri utama Perancis termasuk daripada firma Imerys, Arkema, Airbus dan Thales sempena lawatan kerja ke negara itu pada 3 dan 4 Julai. Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menghadiri mesyuarat meja bulat bersama kalangan ketua industri utama Perancis termasuk daripada firma Imerys, Arkema, Airbus dan Thales sempena lawatan kerja ke negara itu pada 3 dan 4 Julai.
Semasa mesyuarat meja bulat itu beliau akan mengetengahkan potensi perdagangan dan pelaburan di Malaysia.
Iklan
Iklan
Imerys ialah peneraju dunia dalam pengeluaran mineral khusus untuk kegunaan industri manakala Arkema merupakan pengeluar global bahan khas dan kimia berprestasi tinggi.
Airbus pula ialah syarikat aeroangkasa Eropah yang terkenal dengan pembuatan pesawat komersial dan ketenteraan, manakala Thales, syarikat teknologi canggih yang pakar dalam sistem pertahanan, keselamatan, pengangkutan dan aeroangkasa.
Iklan
Duta Besar Malaysia ke Perancis, Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim berkata, mesyuarat yang diadakan sempena lawatan kerja sulung Anwar ke Perancis atas jemputan Presiden Emmanuel Macron itu akan turut disertai 180 syarikat, di samping kalangan pemimpin industri dari Malaysia.
Sepanjang lawatan itu, Anwar diiringi oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Iklan
Turut menyertai delegasi itu ialah Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Eldeen Husaini berkata, Anwar dijadualkan mengadakan pertemuan empat mata dengan Macron di Istana Elysee, membawa agenda utama termasuk perdagangan, pelaburan, tenaga boleh baharu, semikonduktor, pertahanan, pendidikan, ekonomi digital dan kecerdasan buatan (AI).
"Malaysia menjangkakan lawatan kerja ini akan meningkatkan keyakinan pelabur untuk meneroka peluang pelaburan baharu dan memperkukuh kerjasama ekonomi dua hala, khususnya sektor nuklear dan tenaga bersih,” katanya kepada media Malaysia ketika taklimat secara dalam talian dari Paris, pada Rabu.
Beliau berkata, eksport Malaysia ke Perancis meningkat 0.4 peratus kepada RM6.14 bilion pada 2024, menjadikan Perancis rakan dagang keenam terbesar Malaysia dalam kalangan negara Kesatuan Eropah.
Sehingga Mac 2025, prestasi pelaburan syarikat Perancis di Malaysia menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan dengan 358 projek dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan diluluskan, yang dijangka mewujudkan hampir 24,000 peluang pekerjaan di Malaysia, katanya.
Eldeen Husaini berkata, perkhidmatan penerbangan langsung antara Kuala Lumpur dan Paris yang bermula tahun ini dengan menggunakan pesawat Airbus A350 juga dilihat sebagai pemangkin pertumbuhan pelancongan, susulan peningkatan kemasukan pelancong Perancis ke Malaysia sebanyak 41.8 peratus.
"Lawatan kerja ini menyasarkan pembukaan lembaran baharu dalam hubungan dua hala, memacu pertumbuhan ekonomi negara serta meningkatkan daya saing Malaysia dalam rantaian bekalan global,” katanya.
Anwar kini dalam siri lawatan kerja ke tiga negara bermula dengan Itali, disusuli Perancis dan Brazil, dari 1 hingga 7 Julai. - Bernama.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.