Pesara ATM mohon kebenaran merayu kes tuntutan pelarasan pencen
Iklan
Sebanyak 50 pesara ATM memohon kebenaran merayu daripada Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung tuntutan pelarasan pencen mereka.
PUTRAJAYA - Sebanyak 50 pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memohon kebenaran merayu daripada Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung tuntutan pelarasan pencen mereka.
Peguam Mohamed Hanif Khatri Abdulla, yang mewakili kumpulan pesara berkenaan, mengesahkan bahawa notis usul difailkan pada Khamis dan berkata, Mahkamah Persekutuan menetapkan 4 Ogos ini untuk pengurusan kes.
Iklan
Iklan
Dalam permohonan itu, mereka memohon keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai dua persoalan undang-undang berhubung isu pelarasan pencen.
Pada 4 Jun, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan awal Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa pesara ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013 berhak untuk menyelaraskan pencen mereka kepada kadar dan kaedah yang digunakan untuk pesara yang bersara selepas 1 Januari 2013.
Iklan
Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa pesara ATM gagal membuktikan bahawa kerajaan, Perdana Menteri, Menteri Kanan Pertahanan dan Majlis Angkatan Tentera Malaysia telah melanggar peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Sebanyak 50 pesara ATM pelbagai pangkat antaranya mejar, leftenan, staf sarjan dan prebet, telah memfailkan saman pemula pada 17 November 2022, bagi mendapatkan deklarasi bahawa kerajaan telah melanggar peruntukan di bawah Perkara 137 atau Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan, yang dibaca bersama dengan Seksyen 187 Akta Angkatan Tentera Malaysia 1972, kerana gagal melaksanakan pelarasan pencen baharu untuk pesara ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013.
Iklan
Mereka mendakwa ketidakselarasan pencen itu menyebabkan jurang pencen yang ketara antara pesara ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013 dan mereka yang bersara selepas tarikh tersebut. - Bernama
Itulah sifat digambarkan Siti Zaiha Sungip, 39, kakak kepada Prebet Siti Khadijah Sungip, 24, yang terkorban dalam insiden letupan ketika menjalani latihan di Kem Hobart, Gurun pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menurutnya, arwah menyertai tentera darat pada tahun lepas selepas tamat pengajian di pertingkat diploma Teknologi Kejuruteraan Awam, Institusi Kemahiran Belia Negara (IKBN).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/784161/berita/semasa/arwah-sangat-kuat-dan-dianugerah-prajurit-muda-wanita-akademik-terbaik
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.