Dua maut, 16 cedera, bas bawa 46 penumpang kemalangan dengan dua lori

Iklan
Nahas membabitkan bas dan lori di Kilometer 80.7 Lebuhraya PLUS arah selatan dekat Ayer Hitam.- Foto JBPM

BATU PAHAT - Dua lelaki maut manakala 16 yang lain cedera selepas bas persiaran yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan lori tunda jenis Volvo dan lori tangki di Kilometer 80.7 Lebuhraya PLUS arah selatan, di sini awal pagi Khamis.

Bas berkenaan membawa 46 penumpang terdiri daripada 44 lelaki dan dua wanita.

Iklan
Iklan

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Pegawai Bomba Kanan (PBK II) Md Isa Masngun berkata, pihaknya bersama BBP Yong Peng bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 12.44 tengah malam.

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam nahas membabitkan sebuah bas dan dua lori di Kilometer 80.7 Lebuhraya PLUS arah selatan dekat Ayer Hitam pada awal pagi Khamis.- Foto JBPM Johor

Iklan

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di lokasi, didapati dua penumpang lelaki bas berusia 43 dan 44 tahun tersepit dan disahkan maut di tempat kejadian.

“14 penumpang lelaki, seorang penumpang wanita serta pemandu bas cedera, sementara selebihnya iaitu 27 penumpang lelaki dan seorang wanita tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata, pemandu lori tunda berusia 42 tahun dan pemandu lori tangki berusia 33 tahun turut selamat.

Menurutnya, pihak bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum semua mangsa yang cedera dihantar ke hospital menggunakan ambulans KKM serta dibantu jentera EMRS bagi rawatan lanjut.

Operasi dikawal sepenuhnya pada jam 3.02 pagi.