KAJANG – Sebuah kilang kitar semula di Semenyih Teknologi Park di sini terbakar pada Khamis.
Anggota bomba memadamkan kebakaran sebuah kilang kitar semula. Foto ihsan JBPM Selangor
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.33 pagi.
Anggota bomba memadamkan kebakaran sebuah kilang kitar semula. Foto ihsan JBPM Selangor
Iklan
"Seramai 37 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih serta bantuan BBP Bangi, BBP Pandan Indah, BBP Kajang dan BBP Mantin dikejarkan ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Anggota bomba memadamkan kebakaran sebuah kilang kitar semula. Foto ihsan JBPM Selangor
Iklan
Ahmad Mukhlis berkata, sebaik tiba di lokasi didapati api sedang marak di kilang berkenaan.
“Anggaran kemusnahan 70 peratus, kerja-kerja pemadaman sedang dijalankan," katanya.