Presiden Iran umum gantung kerjasama dengan IAEA

Iklan
Masoud Pezeshkian

ISTANBUL - Presiden Iran, Masoud Pezeshkian pada Rabu mengumumkan penggantungan kerjasama negaranya dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), lapor saluran rasmi Press TV dan agensi berita Mehr.

Menurut laporan Anadolu Ajansi yang memetik agensi Tasnim, keputusan itu dibuat selepas Presiden Pezeshkian meluluskan undang-undang yang mewajibkan kerajaan menggantung hubungan dengan IAEA.

Iklan
Iklan

Langkah itu menyusuli keputusan Parlimen Iran minggu lalu yang meluluskan rang undang-undang untuk menggantung kerjasama dengan badan pemantau nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.

Tindakan itu diambil berikutan ketegangan yang semakin memuncak antara Tehran dan IAEA berkaitan isu akses pemantauan dan ketelusan berikutan konfrontasi ketenteraan terkini melibatkan Israel dan Amerika Syarikat (AS).

Iklan

Konflik selama 12 hari antara Israel dan Iran tercetus pada 13 Jun apabila Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa lokasi ketenteraan dan nuklear Iran.

Sebagai tindak balas, Iran melancarkan serangan peluru berpandu dan dron ke atas sasaran musuh, manakala AS pula mengebom tiga tapak nuklear Iran.

Iklan

Konflik berakhir selepas gencatan senjata mula dikuat kuasa pada 24 Jun. - Bernama