[VIDEO] SPRM mula siasat KPKT isu MyKiosk

Iklan

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan berkaitan dakwaan wujudnya amalan rasuah dan penyelewengan berhubung tender pembinaan MyKiosk oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Siasatan itu dijalankan selepas SPRM menerima aduan daripada salah sebuah parti politik berkaitan perkara tersebut.

Iklan
Iklan

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus berkata, SPRM telah menjalankan siasatan awal berhubung aduan berkenaan.

“Pada masa yang sama, Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) juga telah memulakan proses penyiasatan secara serentak.

Iklan

“Selain KPKT yang telah mengemukakan laporan penuh berhubung proses dan pemberian tender berkaitan, beberapa pihak yang terlibat turut menyerahkan beberapa dokumen berkaitan projek ini,” katanya pada Rabu.

SPRM memulakan siasatan berkaitan dakwaan wujudnya amalan rasuah dan penyelewengan berhubung tender pembinaan MyKiosk oleh KPKT.

Iklan

Tambahnya, dalam siasatan ini, SPRM akan memberi tumpuan kepada dua perkara iaitu pengesanan sekiranya wujud amalan rasuah dan penyelewengan dalam proses tender.

Beliau berkata, SPRM akan meneliti keseluruhan proses tatakelola bagi mengenal pasti sebarang kepincangan serta pelanggaran terhadap peraturan, sistem dan prosedur yang ditetapkan.

“Tindakan penyiasatan dibuat berasaskan kesalahan di bawah Akta SPRM 2009,” ujarnya.

Pada 20 Mei lepas, media melaporkan bahawa KPKT terbuka untuk disiasat oleh mana-mana pihak termasuk SPRM berhubung ketelusan harga MyKiosk.

Malah, Menteri KPKT, Nga Kor Ming berkata pihaknya akan mengambil tindakan dengan membuat laporan polis serta kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengheret pihak yang menabur fitnah.