Skandal rasuah ADUN Sabah: Tiada keperluan desak rehatkan wakil rakyat -Zulkarnain
Iklan
Zulkarnain Mahdar
KOTA KINABALU - Tiada keperluan untuk mendesak Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor merehatkan wakil rakyat yang dikaitkan dengan dakwaan skandal rasuah, memandangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah semakin hampir.
Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar menyifatkan desakan yang datang daripada Pengarah Komunikasi Strategik UMNO Sabah, Datu Rosman Datu Ahir Zaman itu sepatutnya ditujukan kepada Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang diketahui umum sedang berdepan tiga pertuduhan rasuah.
Iklan
Iklan
“Datu Rosman dilihat semakin keliru memandangkan saranan untuk berehat daripada tugasan penting sepatutnya ditujukan khusus kepada Bung Moktar yang secara jelas telah diarah membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.
“Umum mengetahui Bung Moktar masih meneruskan tugasan sebagai Ketua UMNO Sabah malah bercita-cita mahu menjadi Ketua Menteri Sabah, dan dalam masa sama, Ahli Parlimen Kinabatangan itu sudah tentu akan sibuk turun naik mahkamah berhadapan dengan kes rasuah selepas cubaan mencabar keputusan Mahkamah Rayuan digugurkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Iklan
Zulkarnain, yang juga aktivis politik, turut mengingatkan bahawa ketika ini masih banyak kes rasuah membabitkan pimpinan UMNO Sabah belum terungkai dan masih dalam siasatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sehubungan itu, beliau melihat Datu Rosman seolah-olah cuba membutakan mata dan memekakkan telinga, sukar menerima hakikat bahawa rakyat di negeri ini sebenarnya telah menolak UMNO di Sabah.
Iklan
Menurutnya, pertuduhan rasuah terhadap dua wakil rakyat pada Isnin lalu masih di peringkat awal dan mereka berpeluang untuk membersihkan nama di mahkamah tanpa perlu membela diri setakat ini.
“Beliau sepatutnya tidak mencampuri urusan wakil-wakil rakyat Gabungan Rakyat Sabah (GRS)–Pakatan Harapan (PH) Sabah.
“Desakan supaya Ketua Menteri merehatkan wakil rakyat yang dikaitkan dengan skandal rasuah juga tidak perlu memandangkan PRN-17 semakin hampir.
“Saya percaya desakan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan menyebabkan kesombongan pemimpin UMNO akan dilenyapkan oleh rakyat Sabah pada PRN-17 ini,” ujarnya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.