Tiga mayat dipercayai sekeluarga ditemui dalam rumah

Iklan
Polis mengeluarkan kesemua mayat mangsa dari sebuah rumah.

SEREMBAN - Tiga mayat yang dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan ditemukan dalam sebuah rumah di Jalan Bukit Kristal di sini pada Selasa.

Difahamkan, laporan mengenai kejadian diterima daripada salah seorang jiran mangsa sekitar jam 5 petang selepas terhidu bau busuk di kawasan perumahan berkenaan.

Iklan
Iklan

Pemeriksaan lanjut oleh sepasukan polis ke rumah tersebut menemukan ketiga-tiga mangsa dalam keadaan telah meninggal dunia.

Seorang jiran yang ditemui memaklumkan bahawa rumah itu didiami oleh pasangan suami isteri dan seorang anak lelaki autistik berusia lingkungan 30-an.

Iklan

Lokasi di mana tiga mangsa ditemukan meninggal dunia dalam sebuah rumah.

“Jumaat lepas dia datang ke rumah saya untuk beri makan anjing. Selepas itu saya tidak nampak dia lagi. Saya sangka mereka tiada di rumah atau keluar.

Iklan

“Hinggalah petang tadi, jiran sebelah rumah mereka menghubungi polis selepas menghidu bau busuk dari rumah berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

“Dipercayai kesemua mangsa mempunyai hubungan kekeluargaan dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Kesemua mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Rembau untuk proses bedah siasat,” katanya.