Ibu, anak ditemui meninggal dunia dalam rumah berkunci

Iklan
Polis terpaksa memohon bantuan daripada pihak bomba untuk memecah masuk rumah tersebut kerana pintunya berkunci.

GEORGE TOWN – Seorang ibu dan anaknya ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah unit pangsapuri di Bukit Gambir di sini, pada petang Isnin.

Menurut sumber, polis menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 4.41 petang yang memaklumkan terhidu bau busuk dari salah sebuah unit pangsapuri berkenaan.

Iklan
Iklan

Sumber berkata, sepasukan polis telah ke lokasi kejadian namun terpaksa memohon bantuan daripada pihak bomba untuk memecah masuk rumah tersebut kerana pintunya berkunci.

“Setelah pintu rumah berjaya dipecahkan, polis menemui seorang wanita dan anaknya yang masih kecil telah meninggal dunia.

Iklan

Identiti kedua-dua mayat belum dapat dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemukan, selain keadaan mayat yang sudah mereput.

“Identiti kedua-dua mayat belum dapat dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemukan, selain keadaan mayat yang sudah mereput,” katanya.

Iklan

Kes masih dalam siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Sementara itu, pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kes tersebut.