Bomba selamatkan budak 13 tahun terperangkap dalam rumah terbakar

Iklan
Pihak bomba terpaksa memecahkan pintu rumah berkenaan bagi membolehkan mangsa dibawa keluar.

GEORGE TOWN – Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam satu kebakaran di sebuah unit pangsapuri di Taman Sinar Pelangi, Jelutong, di sini, malam Isnin.

Mangsa yang berada seorang diri di rumah ketika kejadian berjaya diselamatkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, selepas pasukan penyelamat memecahkan pintu unit berkenaan untuk membawa keluar mangsa.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.26 malam.

“Sebuah jentera bersama tujuh anggota, termasuk seorang penyelia, dikejarkan ke lokasi kejadian yang hanya satu kilometer dari balai. Pasukan tiba dalam tempoh dua minit.

Iklan

“Kebakaran melibatkan kawasan balkoni bersaiz 10x10 kaki persegi dan berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 7.41 malam,” katanya dalam kenyataan media, malam tadi.

Kebakaran melibatkan bahagian balkoni sebuah unit pangsapuri di Taman Sinar Pelangi, Jelutong.

Iklan

John berkata, kebakaran membabitkan kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan unit rumah kelas A berkeluasan 20x60 kaki persegi.

“Remaja berkenaan dipercayai berada seorang diri di rumah ketika kejadian dengan pintu berkunci. Mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Beliau berkata, kerja-kerja overhaul bagi memastikan tiada punca kebakaran tersembunyi diselesaikan dalam tempoh satu jam selepas api dipadamkan.

Katanya, kes diserahkan kepada Pasukan Penyelidikan dan Siasatan (FIO) untuk tindakan lanjut.