Remaja lemas di Sungai Baung

Iklan
Mangsa lemas diusung oleh penduduk selepas ditemui di Sungai Baung pada Isnin.

KOTA BHARU - Seorang remaja berusia 15 tahun ditemukan lemas di Sungai Baung, Pengkalan Chepa dekat sini pada Isnin.

Pegawai Bomba Kanan (PBK II), Muhammad Shamsudin Ismail berkata, polis menerima panggilan melalui melalui sistem MERS999 pada jam 5.58 yang memaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Chepa dan 13 pegawai serta anggota di arahkan ke lokasi.

"Bagaimanapun, mangsa sudah ditemui oleh orang awam ketika bomba tiba di kawasan berkenaan," katanya melalui kenyataan.

Iklan

Jelas beliau, pemeriksaan oleh kakitangan Kementerian Kesihatan mendapati remaja terbabit meninggal dunia di lokasi dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

 

Iklan