10 rakyat Palestin terkorban dalam serangan udara Israel terhadap gudang bantuan di Gaza

Iklan
Seorang lelaki Palestin berjalan di sebelah runtuhan sebuah rumah kediaman yang musnah akibat serangan udara Israel pada waktu malam di Jabalia, utara Semenanjung Gaza, pada 30 Jun 2025. Foto AFP

GAZA - Sekurang-kurangnya 10 rakyat Palestin terkorban pada pagi Isnin selepas pesawat tentera Israel menyerang sebuah gudang pengagihan bantuan di kejiranan Al-Zaytoun, selatan Bandaraya Gaza, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih 550 rakyat Palestin telah terkorban ketika cuba mendapatkan makanan di pusat pengagihan bantuan Israel-Amerika.

Iklan
Iklan

Sejak pusat-pusat ini diwujudkan akhir bulan lepas, ia menjadi kawasan berbahaya yang digambarkan oleh kumpulan hak asasi manusia dan pemerhati sebagai"perangkap pembunuhan beramai-ramai” yang turut mendedahkan orang awam kepada penghinaan, pemindahan paksa dan penderitaan kemanusiaan yang semakin mendalam.

Perang genosid yang berterusan di Semenanjung Gaza, kini memasuki bulan ke-21, telah menyebabkan hampir 189,000 rakyat Palestin terkorban atau cedera, majoritinya kanak-kanak dan wanita, dengan lebih 11,000 orang masih hilang. - Bernama-QNA

Iklan
Iklan