Dua warga asing ditahan bergaduh, menyamar penjawat awam

Iklan
Dua lelaki warga asing ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kejadian gaduh dan menyamar sebagai penjawat awam di Kampung Baru Subang, di Sungai Buloh pada Sabtu.

SUNGAl BULOH – Dua lelaki warga asing ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kejadian gaduh dan menyamar sebagai penjawat awam di Kampung Baru Subang, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi MERS 999 berhubung kejadian pergaduhan melibatkan dua lelaki pada jam 1.15 tengah hari.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, anggota polis bertugas kemudian digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat.

"Setibanya di lokasi kejadian, pihak polis menahan dua lelaki warga asing masing-masing berumur 26 dan 32 tahun yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan berkenaan.

Iklan

"Semasa proses penahanan, didapati tangan salah seorang suspek berada dalam keadaan bergari di dalam sebuah kenderaan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut membawa kepada rampasan melibatkan sepasang gari, dua buah kenderaan jenis Perodua Myvi masing-masing berwarna biru dan putih bersama kunci masing-masing.

Iklan

Katanya, dua suspek bersama barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan, Seksyen 170 Kanun Keseksaan serta Seksyen 89 Akta Polis 1967.

"Selain itu, siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Mohd Hafiz berkata, orang ramai diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian.

"Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Hotline Balai Polis Kampung Baru Subang di talian 03-7846 2322 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Ekmal Hasif Mohd Noor di talian 011-35396787," katanya.