TEHRAN - Iran mengisytiharkan hari berkabung negara pada Sabtu sempena upacara pengebumian beberapa pegawai tertinggi tentera yang terbunuh akibat serangan Israel dalam konflik baru-baru ini, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Penyiar negara IRIB yang memetik pejabat gabenor bandar melaporkan bahawa pihak berkuasa Tehran akan ditutup pada hari berkenaan bagi membolehkan orang ramai memberi penghormatan dan menghadiri upacara berkenaan.