Wanita New Zealand cedera jatuh Air Terjun Kanching

Iklan
Bomba membawa naik mangsa yang terjatuh di Air Terjun Kanching, Rawang pada Sabtu. Foto JBPM Selangor

RAWANG - Seorang wanita warga New Zealand cedera selepas terjatuh di ketinggian kira-kira enam meter di Air Terjun Kanching, di sini, pada Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, panggilan diterima pihaknya pada jam 11.52 pagi.

Iklan
Iklan

"Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang telah dikejarkan ke lokasi.

Mangsa alami kecederaan di kaki kiri, tangan kiri dan tulang belakang. JBPM Selangor

Iklan

"Mangsa iaitu seorang wanita berusia 52 tahun merupakan warga New Zealand telah terjatuh di air terjun berketinggian kira-kira enam meter," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Tambahnya, pemeriksaan awal mendapati mangsa alami kecederaan di kaki kiri, tangan kiri dan tulang belakang.

Iklan

Jelasnya, mangsa dalam keadaan sedar dan telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.