PRN Sabah: UMNO perkemas Akuan Bersumpah, ambil kira situasi semasa - Asyraf Wajdi
Iklan
Asyraf Wajdi ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rantau Panjang 2025 di Dewan Kolej Kemahiran Tinggi Mara Lubok Jong, malam tadi. Foto Bernama
MACHANG - UMNO sedang memperkemas dokumen Akuan Bersumpah (SD) dengan mengambil kira situasi semasa untuk ditandatangani calon yang dipilih bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu diperhalusi barisan peguam, termasuk Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Iklan
Iklan
"PRN Sabah kita akan guna templat yang sama tapi ia diperkemas berdasarkan suasana semasa, ada penambahbaikan. Setakat ini kita merasakan bahawa dokumen SD yang dimeterai dalam Pilihan Raya Umum lepas sebenarnya mencukupi,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Machang 2025 di Pusat Transformasi Ilmu, Bukit Tiu di sini malam tadi, yang turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub.
Iklan
Iklan
Penggal lima tahun Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan terbubar secara automatik pada 11 November ini yang membuka laluan kepada PRN Sabah ke-17. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>