Polis trafik 'pau' RM26 dihukum berguling atas jalan tar

Iklan
Hukuman itu sebagai simbol keinsafan selepas dia mengakui kesalahannya. - Foto Agensi

MEDAN - Seorang anggota polis trafik dikenakan hukuman disiplin luar biasa selepas videonya memeras wang seorang wanita tular di media sosial.

Menerusi klip itu, Aiptu Rudi Hartono dari Polrestabes Medan, Sumatera Utara di Indonesia dilihat meminta wang sebanyak 100,000 rupiah (RM26) daripada seorang wanita yang menunggang motosikal.

Iklan
Iklan

Kejadian itu berlaku di hadapan sebuah bank di Medan pada Rabu lalu dan telah mencetuskan kemarahan orang ramai.

Sebagai tindak balas pantas, Bahagian Profesi dan Pengamanan (Propam) bertindak menjalankan siasatan dalaman.

Iklan

Aiptu Rudi kemudiannya 'dihukum' berguling-guling di atas jalan tar di kawasan ibu pejabat polis Medan, sebagai simbol keinsafan setelah dia mengakui kesalahannya.

Menurut jurucakap polis, Aiptu Rudi berkata, wang tersebut digunakan untuk membeli sarapan dan minuman.

Iklan

Alasan itu bagaimanapun tidak boleh diterima kerana tindakan tersebut tetap melanggar etika dan tatakelakuan seorang anggota polis.

Ketua Polis Medan, Kombes Pol Gidion Arif Setyawan dalam satu kenyataan turut memohon maaf secara terbuka kepada orang awam dan mangsa terlibat serta memberi jaminan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pegawai yang mencemarkan nama baik pasukan keselamatan.

Aiptu Rudi kini ditempatkan dalam tahanan Propam selama 30 hari dan berkemungkinan akan dipindahkan ke lokasi lain di bawah tindakan lanjut. - Agensi