ANSARA Besut sedia kerjasama pulih, pantau isu buli
Iklan
ANSARA Besut menyatakan kekesalan apabila masih terdapat kelompok pelajar yang menjadikan kekerasan sebagai alat membentuk hierarki toksik dalam kalangan rakan sebaya.
SHAH ALAM – Persatuan Bekas Maktab Rendah Sains MARA Besut (ANSARA Besut) menyatakan kesediaan untuk memberi kerjasama dalam usaha pemulihan dan pemantauan jangka panjang terhadap isu buli susulan kes terbaharu melibatkan pelajar di institusi pendidikan tersebut.
Ketua ANSARA Besut, Dr Muhammad Azwan Sulaiman berkata, pihaknya kesal dengan insiden buli yang didakwa berlaku di MRSM Besut baru-baru ini.
Iklan
Iklan
“Kami memandang serius perkara ini dan menzahirkan solidariti penuh kepada pelajar terlibat serta keluarga mangsa.
“Buli bukan budaya kita dan merupakan satu virus ganas yang menghancurkan jati diri, menodai nilai pendidikan, serta mencemarkan nama baik institusi unggul seperti MRSM,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Iklan
Dr Muhammad Azwan turut menyatakan kekesalan apabila masih terdapat kelompok pelajar yang menjadikan kekerasan sebagai alat membentuk hierarki toksik dalam kalangan rakan sebaya.
“Ini merupakan satu bentuk pengkhianatan terhadap roh pendidikan dan cita-cita membina insan unggul seperti yang diasaskan dalam falsafah MRSM.
Iklan
“Kami menyambut baik tindakan pihak berkuasa yang sedang menjalankan siasatan terperinci dan menyeru semua pihak agar menghormati proses undang-undang yang dilaksanakan, serta berharap ia dijalankan secara telus, adil dan segera demi menjamin keadilan kepada semua pihak,” ujarnya.
Media sebelum ini melaporkan bahawa lima pelajar MRSM Besut telah direman selama tiga hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan berhubung kes buli melibatkan seorang pelajar Tingkatan Dua.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>