WASHINGTON - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio pada Khamis mengumumkan sekatan visa baharu sebagai usaha menangani krisis yang berpunca daripada penggunaan opioid fentanyl, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Krisis fentanyl di AS adalah luar biasa, dengan kes pengambilan berlebihan kekal menjadi punca utama kematian dalam kalangan rakyat Amerika berusia 18 hingga 44 tahun,” kata Rubio dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa pada 2024, purata 220 kematian akibat dos berlebihan direkodkan setiap hari di AS.